February 12, 2018

Please reload

Recent Posts

SYARIKAT SDN BHD YANG TIDAK AKTIF akan denda RM1400 kepada Syarikat & RM4400 setahun bagi setiap Pengarah Syarikat Sdn Bhd sekiranya tidak menghantar...

February 2, 2018

1/1
Please reload

Featured Posts

Kelembapan ekonomi menyebabkan 23 cawangan yang dibuka, kini yang bertahan adalah sebanyak 15 cawangan - JM Beriani House

February 10, 2018

 

 

Jika diselak suratkhabar dan media sosial, sekarang ada banyak program keusahawanan yang dilancarkan oleh kerajaan, GLC dan beberapa syarikat individu.

Semuanya dengan objektif untuk mengalakkan lebih ramai orang kita berbisnes dan juga sebagai alternatif kepada kekurangan pekerjaan pada waktu ini.

Namun bagaimana pula dengan program untuk mempersiapkan bisnes bisnes sedia ada dalam menguruskan strategi syarikat menghadapi suasana ekonomi yang semakin suram ? 

Pelanggan semakin kurang berbelanja, kos barang makin meningkat dan pada masa yang sama gaji pekerja masih perlu dibayar dan sewa masih perlu dilunaskan.

Hanya segelintir usahawan berkongsi keperitan yang bisnes mereka sedang hadapi sekarang.

Salah seorangnya adalah pemilik JM Bariani House, Datuk Zulkarnain Mustapa.

Daripada 23 cawangan yang dibuka secara francais, kini yang bertahan adalah sebanyak 15 cawangan.

Datuk Zulkarnain tidak malu mengakui kesilapannya tidak membuat persiapan menghadapi kelembapan ekonomi hari ini. 

Memandangkan restorannya tergolong dalam kategori restoran berharga mahal, jumlah pelanggan semakin berkurangan kerana sekarang ramai yang berjimat.

Pendapatan bisnesnya jatuh sebanyak 30 peratus, kos makin meningkat dan keuntungan yang ada tidak cukup untuk menampal kerugian yang berlaku.

Kenaikan harga minyak masak botol sahaja menyebabkan mereka bertambah sebanyak RM12,000 sebulan. Itu belum dicampur lagi dengan kerugian akibat kos beras dan mentah lain yang meningkat.

Secara purata JM Bariani kini perlu menampung kenaikan kos sebanyak RM55,000 setiap bulan.

JM Bariani tidak boleh beralih menggunakan bahan-bahan mentah yang murah kerana ia akan menjejaskan kualiti dan rasa makanannya. Contohnya, mereka menggunakan madu premium menggantikan gula untuk memberi rasa sedap pada makanan.

Begitu juga dengan minyak masak. Penggunaan minyak masak dalam peket akan mengurangkan rasa kesedapan makanan. 

Jika Datuk Zulkarnain sewenang-wenangnya menggunakan bahan mentah murah, pelanggan-pelanggan tetap sedia ada akan komplen dan JM Bariani berisiko kehilangan mereka.

Sebagai salah satu strategi mengekalkan bisnes JM Bariani, beliau akan memperkenalkan menu dengan harga murah untuk, sekitar RM10.00 memberi pilihan pada pelanggan.

Mereka juga telah memperkenalkan konsep trak makanan bagi mereka yang berminat membuka bisnes JM Bariani pada kos yang lebih rendah berbanding membuka restoran. 

Dan sebagai tambahan, JM Bariani akan membuat pelaburan dengan mempelbagaikan rangkaian produknya dengan memperkenalkan pula makanan sejuk beku.

 

[IKLAN] 

 NAK SERVIS BOOKEEPING UTK RESIT2 BISNES ANDA SERENDAH RM50 SEBULAN ?? KLIK DISINI 

 

Please reload

Follow Us

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive