February 12, 2018

Please reload

Recent Posts

SYARIKAT SDN BHD YANG TIDAK AKTIF akan denda RM1400 kepada Syarikat & RM4400 setahun bagi setiap Pengarah Syarikat Sdn Bhd sekiranya tidak menghantar...

February 2, 2018

1/1
Please reload

Featured Posts

Gaji naik, tapi cukup ke?

February 12, 2018

 

KUALA LUMPUR: Kadar kenaikan gaji kasar negara ini perlu lebih tinggi berbanding kadar inflasi jika mahu menyelesaikan isu kos sara hidup.

Jelas pakar ekonomi bebas Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, walaupun sesetengah pekerja bakal menikmati kenaikan gaji namun lebih ramai yang tidak menikmati kenaikan atau kenaikan gaji mereka tidak setimpal dengan peningkatan kos sara hidup.

“Tidak ada banyak perubahan bagi bebanan yang ditanggung rakyat pada tahun 2018 kerana trend peningkatan harga minyak domestik dijangka akan terus memberi tekanan ke atas harga barangan dan perkhidmatan."Keadaan ini dibebani pula dengan kenaikan harga barang yang dijangka susulan peningkatan harga minyak," 

Azrul menjangkakan kadar inflasi berada pada paras 3.9 peratus pada 2018 dan 3.4 peratus pada 2019.

Sementara pertumbuhan kadar gaji hanya meningkat 4 peratus, katanya yang merujuk kepada data yang dikongsikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini bermakna kenaikan gaji tidak dapat meneutralkan kenaikan harga barang.”

Azrul turut meminta kerajaan untuk memikirkan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta memberikan peluang latihan semula selari dengan perubahan ekonomi.

“Walaupun kerajaan mensasarkan 300,000 peluang pekerjaan baharu akan wujud dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian pada tahun ini, persoalannya adakah pekerja berkenaan akan mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan tugasan berkenaan?”

“Adakah ia juga mencukupi untuk menyediaan peluang kepada semua bakal graduan?”

Laporan pada 2018 menyebut saban tahun sekitar 200,000 pelajar dijangka menamatkan pengajian masing-masing.

 

[IKLAN ]

Anda nak dapatkan khidmat nasihat percuma HR utk bisnes anda?

 

 

 

Please reload

Follow Us

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
<